PROSES MENTERJEMAH
- TEKS SUMBER
- ANALISIS TEKS
- PEMINDAHAN
- PENSTRUKTURAN SEMULA
- TEKS SASARAN
-Salah satu proses yang berlaku dalam fikiran penterjemah dan melibatkan pencarian melalui kotak memori dan dan kamus.
PROSES PEMINDAHAN
-Merupakan satu proses yang sangat penting dalam proses penterjemahan dimana penterjemah perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai iaitu sepada dan sejadi.Selain itu juga proses batin berlaku dalam fikiran penterjemah lalu dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Ada kalanya berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi.
MENSTRUKTUR SEMULA
-Proses yang seterusnya ialah penstrukturan semula dimana teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Disini, gaya memainkan peranan penting iaitu gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca untuk memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Penterjemah perlulah menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan jelas, dan tanda baca perlu digunakan dengan betul dan baik.
PROSES MEMERIKSA
-Proses ini boleh dilakukan sendiri atau penterjemah bersemuka dengan pakar bidang dimana teks dibaca dengan suara yang lantang, secara bersemuka dengan orang lain. Proses ini dianggap tugas yang sukar.
MENYEMAK
-Siapa yang layak untuk melakukan semakan??????
Tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan,Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri . Satu cara untuk menyesuaikanteks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.
MENYUNTING
Bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan tetapi tetap dianggap penting kerana teks perlu disunting bagi :
-membuang bahan yang tidak perlu
-mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.
konklusinya:
*Semua proses yang telah disebut seperti diatas perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.
Memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin berkualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran
sekian untuk kali ini...assalamualaikum...:) semoga bermanfaat
create by Norfazilah bt Azami
No comments:
Post a Comment