Saturday, 24 January 2015

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Asslamualaikum semua...alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk terus meng'update' blog. Sisa-sisa waktu sebelum final exam akan digunakan sehabis baik untuk memastikan blog yang terbina dari subjek terjemahan arab melayu arab ini bukanlah sekadar satu tugasan yang diwajibkan untuk memenuhi kehendak kursus, malah mampu menyampaikan suatu yang dapat memeberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya..insyaallah...ameen...
 ok baiklah, jom kita tengok apa pula entri yag disisipkan untuk kali ini. Untuk kali ini saya akan membincangkan mengenai Jenis dan kaedah menterjemah. Sebenarnya, untuk pengetahuan saudara/i sekalian, terjemahan terbahagi kepada beberapa jenis.Secara umumya, terjemahan terbahagi kepada terjemahan tulisan dan terjemahan lisan.

TERJEMAHAN TULISAN

-Ciri-cirinya:
  • dilakukan secara bertulis
  • penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan
  • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak
  • penguasaan bahaa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik
TERJEMAHAN LISAN
Ciri-cirinya:
  • dilakukan secara lisan
  • dilakukan secara langsung,tepat,dan cepat
  • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah,atau yang tidak tepat padanan terjemahannya . penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran dan perlu berpengatahuan luas dan mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan dan ia dikenali sebagai interpreter
Menurut teori yang dikemukakan oleh ROBERT LADO, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan faktual dan sastera

 TERJEMAHAN FAKTUAL:
  • terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta. Contoh: terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi,ubat-ubatan,iklan dan sebagainya.
TERJEMAHAN SASTERA

  • dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan. Contoh : terjemahan prosa,puisi,drama ,opera,cerita bergambar , filem dan sebagainya.

 ROMAN JACOBSON pula memberikan teori terjemahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

 INTRALINGUAL

  • Dilakukan di dalam dan berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat di dalam bahasa itu. Contoh: dialek ke dialek yang lain
 INTERLINGUAL
  • Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat,karekter dan strukturnya. Contohnya, terjemahan daripada bahasa melayu kepada bahasa arab.
INTERSEMIOTIK
  • Daripada satu bentuk simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasaatau ke dalam bentuk lainnya. Contoh, pergerakan tangan polis trafik di terjemahkan ke dalam bentuk kata-kata.
Untu pengetahuan semua, banyak lagi teori-teori mengenai jenis-jenis terjemahan yang telah dikemukakan. Antaranya terjemahn tuntas, penuh, sebahagian dan banyak lagi jenis-jenis terjemahan yang lain.Seorang penterjemah yang baik perlulah menguasai jenis-jenis terjemahan ini dengan baik.

 Sekian untuk kali ini.Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk semua.Jumpa lagi...Assalamualaikum...:)

create by Nor Naiemah bt Rohaimi

No comments:

Post a Comment