
Assalamualaikum....alhamdulillah..di dalam kesibukan untuk menghadapi final exam yang bakl menampakkan wajahnya dalam beberapa hari saja lagi, masih sempat meng'update' blog ni..Terasa sedikit gementar untuk final exam kali ni, mungkin disebabkan kerana kurang membuat persiapan untuk final exam.. xpe la, kita lupakan sebentar dearan final exam, jom kita terus meringankan jari jemari ini untuk terus menaip bagi memastikan info-info mengenai dunia terjemahan dapat diperoleh di sini..InsyaAllah...
baiklah untuk entri kali ni, kami ingin memberikan info mengenai tajuk menterjemah kata nama khas di dalam dunia terjemahan.
DEFINISI : Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi.undang-undang, bahasa dan seumpamanya. Dalam bahasa melayu, huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
KLASIFIKASI (Nik Safiah Karim 2004)
- Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu:
-kata nama khas tidak hidup:institusi,bangunan, negara
- kategori kata nama khas dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif suatu kajian.
> menterjemah kata nama khas tidak harus dipandang mudah kerana:
- mempunyai makna yang tersendiri
- terkandung suatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat
- merujuk kepada fungsi dan maknatertentu-perlu difahami berdasarkan budayanya
- contoh: Pak Pandir dalam bahasa melayu dan Hatim al- Ta'i dalam bahasa arab.
- kata nama khas (bahasa arab) seperti Ali, Muhammad, zainab dan lain-lain tidak perlu ditukarkan atau diterjemahkan tetapi ada dua perkara yang perlu diambil kira iaitu
- memulakan setiap perkataan dengan huruf besar
- Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa melayu. contonya: Alexander the great(bahasa inggeris) dan iskandar yang agung(bahasa melayu)
- Mengekalkan nama bahasa sumber tanpa perubahan atau perubahan ejaan atau keterangan tambahan.
- menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
- dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran
- contonya : middle east-asia barat
- Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan disamping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan
- disamping kaedah pinjaman terjemahan,ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan)
- Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah
- memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama,jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.
- Lazimnya akan dikekalkan
- bagi nama peristiwa/acara ada yang dikekalkan dalam teks sasaran dan ada yang diterjemahkan secar literal/pinjaman campuran
-mengekalkan kata nama asal (tidak diterjemahkan)
-menggantikan kata nama asal dengan kata lain (diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjermahan)
menggunakan terus kata nama itu.
Begitulah,penerangan panjang lebar mengenai kaedah-kaedah yang digunakn untuk menterjemah kata nama khas.Semoga apa yang disampaikan untuk kali ini,bermanfaat untuk kita semua...InsyaAllah..Ameen,...
create by norfazilah bt azami (gb01875)
No comments:
Post a Comment