DEFINISI TERJEMAHAN
Assalamualaikum.....bertemu kembali setelah sekian lama tidak menjenguk blog..baru berkesempatan nak berceloteh...seperti biasa blog saya lebih menumpukan kepada topik mengenai dunia terjemahan..banyak lagi yang belum dikongsikan...insyaallah pada malam ni saya nak kongsikan mengenai definisi terjemahan itu sendiri dan mengapa perlunya menterjemah. Jom kita belayar dengan lebih jauh lagi...moh kite....
DEFINISI /MAKNA TERJEMAHAN
Banyak pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh didalam dunia terjemahan.Antara yang dapat saya berikan di sini adalah seperti berikut:
a) kamus dewan :
- terjemah atau menterjemah ialah memindahkan karangan atau lain-lain daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain atau lebih dikenali mengalihbahasakan.
- terjemahan ialah hasil daripada menterjemahkan atau yang telah diterjemahkan
-penterjemahan ialah perihal kerja , usaha dan sebagainya didalam proses menterjemah
b) menurut Catford,J.C (1965) " A LINGUITIC THEORY OF TRANSLATION"
- Penggantian bahan teks dalam satu bahasa iatu bahasa sumber dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain
c) Nida dan Taber di dalam "The theory and practice of translation" mentakrifkan penterjemah sebagai :
- penterjemah ialah mencipta semula di dalam bahasa penerima/ sasaran persamaan terdekat yang semulajadi terhadap masej bahasa sumber, pertama : dari segi makna dan kedua: dari segi gaya.
Sebenarnya ada banyak lagi definisi yang telah ditafsirkan. Sebagai kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa :
- Terjemahan adalah satu proses pemindahan:
- makna
-budaya
daripada bahasa sumberkepada bahasa sasaran dengan menggunakan padanan yang sesuai.
Create by Nor Naiemah bt Rohaimi
No comments:
Post a Comment