Wednesday, 28 January 2015

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS



 



Assalamualaikum....alhamdulillah..di dalam kesibukan untuk menghadapi final exam yang bakl menampakkan wajahnya dalam beberapa hari saja lagi, masih sempat meng'update' blog ni..Terasa sedikit gementar untuk final exam kali ni, mungkin disebabkan kerana kurang membuat persiapan untuk final exam.. xpe la, kita lupakan sebentar dearan final exam, jom kita terus meringankan jari jemari ini untuk terus menaip bagi memastikan info-info mengenai dunia terjemahan dapat diperoleh di sini..InsyaAllah...




baiklah untuk entri kali ni, kami ingin memberikan info mengenai tajuk menterjemah kata nama khas di dalam dunia terjemahan.

DEFINISI : Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi.undang-undang, bahasa dan seumpamanya. Dalam bahasa melayu, huruf pertama ditulis dengan huruf besar.

KLASIFIKASI (Nik Safiah Karim 2004)

  • Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu:
      -kata nama khas hidup: manusia,binatang dan tumbuhan
      -kata nama khas tidak hidup:institusi,bangunan, negara
  • kategori kata nama khas dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif suatu kajian.
METERJEMAH KATA NAMA KHAS
> menterjemah kata nama khas tidak harus dipandang mudah kerana:
  • mempunyai makna yang tersendiri
  • terkandung suatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat
  • merujuk kepada fungsi dan maknatertentu-perlu difahami berdasarkan budayanya
  • contoh: Pak Pandir dalam bahasa melayu dan Hatim al- Ta'i dalam bahasa arab.
PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS-NAMA ORANG
  • kata nama khas (bahasa arab) seperti Ali, Muhammad, zainab dan lain-lain tidak perlu ditukarkan atau diterjemahkan tetapi ada dua perkara yang perlu diambil kira iaitu
        - menukarkan huruf arab kepada huruf rumi
        - memulakan setiap perkataan dengan huruf besar
  • Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa melayu. contonya: Alexander the great(bahasa inggeris) dan iskandar yang agung(bahasa melayu)
NAMA NEGARA/BANDAR/TEMPAT
  • Mengekalkan nama bahasa sumber tanpa perubahan atau perubahan ejaan  atau keterangan tambahan.
  • menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
  • dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran
  • contonya : middle east-asia barat 
  NAMA INSTITUSI/ORGANISASI
  • Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan disamping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan
  • disamping kaedah pinjaman terjemahan,ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan)
NAMA JAWATAN/GELARAN
  • Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah
  • memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama,jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.
NAMA JUDUL/PERISTIWA
  • Lazimnya akan dikekalkan 
  • bagi nama peristiwa/acara ada yang dikekalkan dalam teks sasaran dan ada yang diterjemahkan secar literal/pinjaman campuran
kesimpulanya. terdapat 3 strategi yang digunakan untuk penterjemahan kata nama khas iaitu:
-mengekalkan kata nama asal (tidak diterjemahkan)
-menggantikan kata nama asal dengan kata lain (diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjermahan)
menggunakan terus kata nama itu.

Begitulah,penerangan panjang lebar mengenai kaedah-kaedah yang digunakn untuk menterjemah kata nama khas.Semoga apa yang disampaikan untuk kali ini,bermanfaat untuk kita semua...InsyaAllah..Ameen,...

create by norfazilah bt azami (gb01875)

Tuesday, 27 January 2015

ALAT BANTU TERJEMAHAN

Assalamulaikum....selamat berjumpa kembali...ok untuk hari ini, saya teruja untuk berkongsi mengenai alat bantu terjemahn..Untuk menjadi seorang penterjemah, kamus memang tidak dapat dipisahkan dengan diri penterjemah..Hal ini kerana dengan adanya kamus ini, akan lebih memudahkan kerja-kerja menterjemah.

DEFINASI KAMUS
- Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan dan berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain itu kamus juga mempunyai panduan sebutan. asal (etimologi) sesuatu perkataan.

JENIS-JENIS KAMUS


  • kamus ekabahasa

    • - menggunakan satu bahasa (kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama)

      • kamus dwibahasa
      -menggunakan dua bahasa(kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain)
      -contoh: Kamus besar arab-melayu dewan
      • kamus aneka bahasa/multi bahasa
      -sekurang-kurangnyamenggunakan tiga bahasa.


      SAIZ KAMUS

      • KAMUS MINI - pada waktu ini, kamus ini sukar untuk ditemui.Dikenali juga dengan nama kamus saku dan tebalnya kurang daripada 2 sm.
      •  KAMUS KECIL- bersaiz kecil dan serta mudah untuk ditemui dan dibawa kemana sahaja.contonya seperto kamus oxford fajar
      • KAMUS BESAR- saiznya besar dan tidak sesuai untuk dibawa ke sana sini.Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa.Contoh, kamus besar arab melayu dewan
      KENAPA KAMUS DIPERLUKAN???????
      • Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui
      • ada kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu dia perlu merujuk kamus.
      KESIMPULANNYA

      - Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional atau yang amaturkerana ia merupakan alat bantu yang amat penting dan berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan  terjemahan yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber, baik perkataan yang bersangkut linguistic atau budaya.

      http://blogs.swa-jkt.com/swa/10318/files/2012/10/Kamus-Besar-Bahasa-Indonesia-Lengkap-Terbaru.jpeg
      lihat betapa pentingnya kamus sebagai alat bantu terjemahan.Sedangkan seorang penterjemah yang profesional pun memerlukan kamus sebagai alat bantu, apatah lagi kita ni , ye tak.....)

      Sekian untuk kali ni,,,semoga berjumpa lagi ye...InsyaAllah..

      Saturday, 24 January 2015

      JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

      Asslamualaikum semua...alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk terus meng'update' blog. Sisa-sisa waktu sebelum final exam akan digunakan sehabis baik untuk memastikan blog yang terbina dari subjek terjemahan arab melayu arab ini bukanlah sekadar satu tugasan yang diwajibkan untuk memenuhi kehendak kursus, malah mampu menyampaikan suatu yang dapat memeberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya..insyaallah...ameen...
       ok baiklah, jom kita tengok apa pula entri yag disisipkan untuk kali ini. Untuk kali ini saya akan membincangkan mengenai Jenis dan kaedah menterjemah. Sebenarnya, untuk pengetahuan saudara/i sekalian, terjemahan terbahagi kepada beberapa jenis.Secara umumya, terjemahan terbahagi kepada terjemahan tulisan dan terjemahan lisan.

      TERJEMAHAN TULISAN

      -Ciri-cirinya:
      • dilakukan secara bertulis
      • penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan
      • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak
      • penguasaan bahaa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik
      TERJEMAHAN LISAN
      Ciri-cirinya:
      • dilakukan secara lisan
      • dilakukan secara langsung,tepat,dan cepat
      • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah,atau yang tidak tepat padanan terjemahannya . penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran dan perlu berpengatahuan luas dan mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan dan ia dikenali sebagai interpreter
      Menurut teori yang dikemukakan oleh ROBERT LADO, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan faktual dan sastera

       TERJEMAHAN FAKTUAL:
      • terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta. Contoh: terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi,ubat-ubatan,iklan dan sebagainya.
      TERJEMAHAN SASTERA

      • dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan. Contoh : terjemahan prosa,puisi,drama ,opera,cerita bergambar , filem dan sebagainya.

       ROMAN JACOBSON pula memberikan teori terjemahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

       INTRALINGUAL

      • Dilakukan di dalam dan berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat di dalam bahasa itu. Contoh: dialek ke dialek yang lain
       INTERLINGUAL
      • Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat,karekter dan strukturnya. Contohnya, terjemahan daripada bahasa melayu kepada bahasa arab.
      INTERSEMIOTIK
      • Daripada satu bentuk simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasaatau ke dalam bentuk lainnya. Contoh, pergerakan tangan polis trafik di terjemahkan ke dalam bentuk kata-kata.
      Untu pengetahuan semua, banyak lagi teori-teori mengenai jenis-jenis terjemahan yang telah dikemukakan. Antaranya terjemahn tuntas, penuh, sebahagian dan banyak lagi jenis-jenis terjemahan yang lain.Seorang penterjemah yang baik perlulah menguasai jenis-jenis terjemahan ini dengan baik.

       Sekian untuk kali ini.Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk semua.Jumpa lagi...Assalamualaikum...:)

      create by Nor Naiemah bt Rohaimi

      Wednesday, 21 January 2015

      PROSES MENTERJEMAH

         Assalamualaikum...selamat bersua kembali...jom kita korek lagi kupasan mengenai dunia terjemahan..Dan kali ini saya ingin menarik minat saudara saudari semua untuk mengetahui mengenai proses terjemahan..bukan mudah tau...jom kita tengok apa yang perlu dilakukan oleh seorang penterjemah untuk menterjemah sesuatu artikel sehingga boleh difahami oleh golongan sasaran sehingga merasakan seperti membaca karya asal.

       PROSES MENTERJEMAH
      1.  TEKS SUMBER
      2. ANALISIS TEKS
      3. PEMINDAHAN
      4. PENSTRUKTURAN SEMULA
      5. TEKS SASARAN
      PROSES ANALISIS

      -Salah satu proses yang berlaku dalam fikiran penterjemah dan melibatkan pencarian melalui kotak memori dan dan kamus.

      PROSES PEMINDAHAN

      -Merupakan satu proses yang sangat penting dalam proses penterjemahan dimana penterjemah perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai iaitu sepada dan sejadi.Selain itu juga proses batin berlaku dalam fikiran penterjemah lalu dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Ada kalanya berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi.

      MENSTRUKTUR SEMULA

      -Proses yang seterusnya ialah penstrukturan semula dimana teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Disini, gaya memainkan peranan penting iaitu gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca untuk memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Penterjemah perlulah menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan jelas, dan tanda baca perlu digunakan dengan betul dan baik.

      PROSES MEMERIKSA

      -Proses ini boleh dilakukan sendiri atau penterjemah bersemuka dengan pakar bidang dimana teks dibaca dengan suara yang lantang, secara bersemuka dengan orang lain. Proses ini dianggap tugas yang sukar.

      MENYEMAK

      -Siapa yang layak untuk melakukan semakan??????
      Tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan,Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri . Satu cara untuk menyesuaikanteks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.

      MENYUNTING

      Bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan tetapi tetap dianggap penting kerana teks perlu disunting bagi :
      -membuang bahan yang tidak perlu
      -mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.

      konklusinya:

      *Semua proses yang telah disebut seperti diatas perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.
      Memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin berkualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran

      sekian untuk kali ini...assalamualaikum...:) semoga bermanfaat

      create by Norfazilah bt Azami

      Tuesday, 6 January 2015


       DEFINISI TERJEMAHAN

      Assalamualaikum.....bertemu kembali setelah sekian lama tidak menjenguk blog..baru berkesempatan nak berceloteh...seperti biasa blog saya lebih menumpukan kepada topik mengenai dunia terjemahan..banyak lagi yang belum dikongsikan...insyaallah pada malam ni saya nak kongsikan mengenai definisi terjemahan itu sendiri dan mengapa perlunya menterjemah. Jom kita belayar dengan lebih jauh lagi...moh kite....

      DEFINISI /MAKNA TERJEMAHAN

      Banyak pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh didalam dunia terjemahan.Antara yang dapat saya berikan di sini adalah seperti berikut:

      a) kamus dewan :
      -  terjemah atau menterjemah ialah memindahkan karangan atau lain-lain daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain atau lebih dikenali mengalihbahasakan.
      - terjemahan ialah hasil daripada menterjemahkan atau yang telah diterjemahkan
      -penterjemahan ialah perihal kerja , usaha dan sebagainya didalam proses menterjemah

      b) menurut Catford,J.C (1965) " A LINGUITIC THEORY OF TRANSLATION"
      -  Penggantian bahan teks dalam satu bahasa iatu bahasa sumber dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain

      c) Nida dan Taber di dalam "The theory and practice of translation" mentakrifkan penterjemah sebagai :
      - penterjemah ialah mencipta semula di dalam bahasa penerima/ sasaran persamaan terdekat yang semulajadi terhadap masej bahasa sumber, pertama : dari segi makna dan kedua: dari segi gaya.

      Sebenarnya ada banyak lagi definisi yang telah ditafsirkan. Sebagai kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa :
      •  Terjemahan adalah satu proses pemindahan:
      - maklumat/ teks
      - makna
      -budaya
      daripada bahasa sumberkepada bahasa sasaran dengan menggunakan padanan yang sesuai.


      Create by Nor Naiemah bt Rohaimi