Assalamualaikum...selamat bersua kembali..ok sekarang di waktu malam hampir ke larutnya rasanya macam nak bercerita mengenai serba sedikit mengenai kumpulan kami.Semester ni di semester 5, kami diberi tugasan untuk mewujudkan satu blog yang berkisar mengenai terjemahan arab -melayu- arab.Kira senang cakap macam assigment la..hehe..Setelah diagihkan maka wujudlah group kami yang terdiri daripada NorNaiemah Bt Rohaimi dan Norfazilah bt Azami yang merupakan Pelajar PBJJ Semester 5 Jabatan Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam. Ok Serba sedikit mengenai diri masing-masing. Yang pertama Nor Naiemah bt Rohaimi berumur 21 Tahun dan kini bekerja sebagai seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah. Yang ni bujang lagi tau.Comel orangnya.Hehe...Yang kedua pula, Norfazilah bt Azami, berumur 25 tahun,merupakan seorang anggota tentera tapi bahagian agama la atau lebih dikenali sebagai KAGAT. Pernah dengar tak, kalau tak pernah dengar pun anggap la pernah dengar ye..huhu..
 |
suasana dalam kuliah, bilangan pelajar tak berapa ramai, tu yang boleh belajar dalam bilik mesyuarat..hehe |
Antara objektif penubuhan blog ini selain daripada salah satu tugasan yang diwajibkan, ia juga merupakan sebagai satu pencetus inspirasi mengenai dunia terjemahan yang merupakan satu ilmu yang jarang kita dengari, tapi sebenarnya amat penting sekali, tanpa adanya seorang penterjemah, memungkinkan sistem komunikasi tidak sempurna kerana tidak semua orang berkeupayaan untuk memahami sesuatu bahasa yang bukan merupakan bahasa asasinya.
 |
ni la si anak dara atau lebih dikenali sebagai Naiemah. Paling muda dalam kelas ni |
 |
Yang tudung hijau tu la kak fazilah atau dikenali sebagai kak ilah...senyum sokmo :) |
 |
ni la pensyarah kami, Dr Maheram Ahmad. ceria orangnya.Layan je kerenah kami |
Oleh itu, kami berharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak memberi sedikit pengetahuan mengenai dunia terjemahan ini, semoga ilmu yang diperolehi ini akan terus memberi manfaat kepada orang lain , InsyaAllah..Ameen.. rasanya cukup dulu untuk malam ni, mata pun dah mula layu, jom masuk tidur dulu, esok nak keja..lailan sai'dan...Assalamualaikum..:)
No comments:
Post a Comment