Monday, 27 October 2014

OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG DAN SALAM PERKENALAN

             Assalamualaikum...selamat bersua kembali..ok sekarang di waktu malam hampir ke larutnya rasanya macam nak bercerita mengenai serba sedikit mengenai kumpulan kami.Semester ni di semester 5, kami diberi tugasan untuk mewujudkan satu blog yang berkisar mengenai terjemahan arab -melayu- arab.Kira senang cakap macam assigment la..hehe..Setelah diagihkan maka wujudlah group kami yang terdiri daripada NorNaiemah Bt Rohaimi dan Norfazilah bt Azami  yang merupakan Pelajar PBJJ  Semester 5 Jabatan Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam. Ok Serba sedikit mengenai diri masing-masing. Yang pertama Nor Naiemah bt Rohaimi berumur 21 Tahun dan kini bekerja sebagai seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah. Yang ni bujang lagi tau.Comel orangnya.Hehe...Yang kedua pula, Norfazilah bt Azami, berumur 25 tahun,merupakan seorang anggota tentera tapi bahagian agama la atau lebih dikenali sebagai KAGAT. Pernah dengar tak, kalau tak pernah dengar pun anggap la pernah dengar ye..huhu..
suasana dalam kuliah, bilangan pelajar tak berapa ramai, tu yang boleh belajar dalam bilik mesyuarat..hehe
            Antara objektif penubuhan blog ini selain daripada salah satu tugasan yang diwajibkan, ia juga merupakan sebagai satu pencetus inspirasi mengenai dunia terjemahan yang merupakan satu ilmu yang jarang kita dengari, tapi sebenarnya amat penting sekali, tanpa adanya seorang penterjemah, memungkinkan sistem komunikasi tidak sempurna kerana tidak semua orang berkeupayaan untuk memahami sesuatu bahasa yang bukan merupakan bahasa asasinya.
ni la si anak dara atau lebih dikenali sebagai Naiemah. Paling muda dalam kelas ni
Yang tudung hijau tu la kak fazilah atau dikenali sebagai kak ilah...senyum sokmo :)
ni la pensyarah kami, Dr Maheram Ahmad. ceria orangnya.Layan je kerenah kami
Oleh itu, kami berharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak memberi sedikit pengetahuan mengenai dunia terjemahan ini, semoga ilmu yang diperolehi ini akan terus memberi manfaat kepada orang lain , InsyaAllah..Ameen.. rasanya cukup dulu untuk malam ni, mata pun dah mula layu, jom masuk tidur dulu, esok nak keja..lailan sai'dan...Assalamualaikum..:)

Saturday, 25 October 2014

KELAS PERTAMA UNTUK SUBJEK TERJEMAHAN ARAB MELAYU

Assalamualaikum w.b.t..kaifa halukum? harap semua berada di bawah lembayung rahmat Ilahi, sihat sejahtera dan ceria sokmolah.Hari ni baru berkesempatan nak tulis tentang kelas terjemahan yang lepas. Sibuk betul, maklumla student pengajian jarak jauh atau orang panggil PJJ.Hehe..
Kelas terjemahan adalah pada 12 okt yang lepas. Banyak information baru yang kitaorang dapat dari kelas hari tu, dan yang paling excited sekali baru hari tu kitaorang tahu adanya ITBN iaitu Institut Terjemahan Buku Malaysia yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan buku-buku ke bahasa-bahasa asasi yang digunakan di negara kita yang tercinta ni...Nampak..betapa pentingnya seorang penterjemah tu,kalau tak ada penterjemah tu, maka tak mungkin kita akan memahami cerita apa yang hendak disampaikan dari sesuatu buku jika ianya menggunakan bahasa asing yang kurang mahir atau tidak semua orang dapat menguasainya seperti bahasa international seperti bahasa arab dan bahasa inggeris.Ok, untuk first sekali ni, kami nak kenalkan serba sedikit mengenai kumpulan kami ni, dan mengenai subjek terjemahan ni...ok tengok ye...

Alhamdulillah, sem ni diberi peluang menimba ilmu dari Dr Maheram Ahmad iaitu ketua jabatan pengajian arab dan tamadun islam


,Ok, rasanya cukup untuk kali ni,Alhamdulillah, nanti kami akan update lagi information terkini mengenai terjemahan ni ye.ma'al salamah...
 
CREATE BY NORFAZILAH BT AZAMI

Monday, 20 October 2014

BIODATA DIRI

Biodata diri

Nama : Norfazilah bt Azami
No Matriks : GB0185
Jabatan: Jabatan Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam
Pekerjaan : Tentera (KAGAT)
Semester : 5


Nama : Nor Naiemah bt Rohaimi
No Matriks : Gb01873
Jabatan :  Jabatan Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam
Pekerjan : Guru
Semester : 5
GB01873