Friday, 26 December 2014






Gambar Gambar Islami


 KELAYAKAN MENTERJEMAH

Hari ni tanggal 26 Disember 2014, barulah berkesempatan untuk meng 'update' blog..setelah sekian lama menyepi dek terlalu sibuk dengan tugas. Inilah baru berkesempatan untuk berceloteh serba sedikit mengenai dunia terjemahan ini..Sebelum tu, saya ingin mengajak saudara/saudari yang menjengah ke blog saya ini umtuk sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita yang kini sedang bergelut dengan bencana banjir.Sungguh...terkilan dan sedih rasa di hati mengenangkan nasib saudara kita di sana yang dilanda banjir.. harap semuanya berda dalam keadaan selamat dilindungi Allah sepanjang masa. Dalam beberapa hari lagi kita bakal melangkah ke tahun baru, negara sekali lagi diuji dengan musibah banjir yang dikira agak teruk berbanding tahun sebelum ini..Sungguh tahun 2014 banyak dugaan yang kita rakyat Malaysia lalui bersama..tetapi,alhamdulillah dalam kita sedar dan tidak sedar, sebenarnya dugaan-dugaan inilah yang banyak membantu kita untuk terus bangkit dan terus melangkah kehadapan.Semoga kita rakyat Malaysia terus bersatu padu menjaga keharmonian negara kita yang tercinta ini..Semoga kedatangan 2015 bakal membawa sinar kegembiraan buat kita semua...InsyaAllah, ameen...

   Untuk hari ini saya ingin meneruskan tugasan kami yang telah tertangguh sekian lama...Diharapkan sedikit entri yang dimasukkan pada hari ini sedikit sebanyak meberi sedikit info kepada pembaca sekalian mengenai bidang terjemahan ini....Jom, sama-sama kita layari bahtera dunia terjemahan...:)

KELAYAKAN MENTERJEMAH    

 Pada suatu masa dahulu, orang selalu mengatakan sekiranya seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi seorang penterjemah tanpa memerlukan pengetahuan yang lain. Contohnya seseorang itu mengetahui bahasa Melayu dan bahasa Inggeris boleh menjadi penterjemah bagi kedua-dua bahasa itu. Pendapat ini tidak sesuai lagi. Dalam tiap-tiap bidang ilmu, akan terdapat pakarnya masing-masing.Pakar-pakar dalam bidang menterjemah menghasilkan teori-teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik yng menjadi panduan bagi para penterjemah.
      Seseorang yang mahu menjadi penterjemah yang baik perlulah memenuhi empat syarat utama yang berikut:

1) Mengetahui bahasa sumber-Istilah bahasa sumber bermakna bahasa asal yang diterjemahkan kedalam bahasa kedua. Penterjemah perlu menguasai bahasa itu secukupnya bagi membolehkan dia mengetahui selokbelok keistimewaan dan keganjilan bhasa itu supaya dia dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal,dan dengan itu dia dapat mentafsirkan maksud dengan tepat.

2) Mengetahui bahasa penerima
-Istilah bahasa penerima bermakna bahasa teks asal itu akan diterjemahkan. Dalam entri kata lain, bahasa penerima ialah bhasa kedua. Mengikut pakar terjemahan , seseorang penterjemah selain perlu menguasai bahasa sumber dengan baik, mestilah menguasai bahasa penerima dengan lebih baik lagi

3) Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan-Bagi menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa  penerima, penterjemah mesti mempunyai pengetahuan dalm bidang yang hendak diterjemahkan.Ini adalah penting bukan sahaja dalam penterjemahan teks-teks khusus seperti dalm bidang sains,teknologi, undang-undang atau falsafah, mlah prinsip ini juga pentinh dalam terjemahan karya kesusasteraan.

4) Mengetahui teori dan amalan terjemahan-Bidang terjemahan, seperti bidang-bidang ilmu yang lain,berkembang dan melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya yang sendiri..Ini bererti penterjemah perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan yang secukupnya di dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan tugas yang sukar itu.
   Tidak ada penterjemah yang dapat memisahkan dirinya daripada teks yang diterjemahkannya dan juga daripada hasil karya terjemahannya. Dengan maksud lain, tidak ada penterjemah yang betul-betul bersikap objektif di dalam erti kata yang sebenar. Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi sikap penterjemah, dan antara yang paling sukar ialah  pengaruh sifat peribadi  si penterjemah ke atas dirinya sendiri. Sebagai manusia biasa, penterjemah juga mempunya perasaan, prasangka, nilai, selera dan sikap-sikap tertentu. Perkara ini menyebabkan penterjemah itu terbelenggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang dan teks yang sedang diterjemahkannya.
   
 Apa macam, ada tersenarai tak dalam kriteria-kriteria di atas, jujur kami akui, kami sendiri masih belum mampu mencapai tahap itu. Semangat dan usaha yang sangat gigih sangat diperlukan untuk sampai ke tahap itu...Memang rasa seronok bila mendengar penerangan dan penjelasan mengenai dunia terjemahan yang sebenar yang disampaikan oleh Dr Maheram yang sudah sekian lama berkecimpung dengan dunia terjemahan ini..Sangat mengaguni beliau..InsyaAllah tidak salah untuk kita bermimpi setinggi langit jika ia juga disusuli dengan doa dan usaha yang berpanjangan. Rasanya cukup untuk kali in..InsyaAllah kami akan sentiasa mengemaskini blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian.. Semoga ada info dan pyang diperolehi untuk entri kali ini...Semoga berjumpa lagi......:)
Gambar Gambar Islami 
                         CREATE BY NORFAZILAH BT AZAMI